logotype - image

TENTANG KAMI

Home Direct Shopping Sdn Bhd (AJL 932090) adalah syarikat pertama di Malaysia yang menyediakan satu perkhidmatan pesanan mel eksklusif, yang menawarkan pelbagai produk runcit di bawah jenama Best Products. Dipasarkan melalui pelbagai katalog, pemilihan produk-produk yang berkualiti, unik, rekabentuk bergaya, praktikal dan berpatutan, kini tersedia untuk pasaran Malaysia. Pelanggan Best Products merupakan mereka yang menginginkan barang-barang ini, tetapi berkesuntukan masa untuk membeli-belah - jadi kami berada di sini untuk memenuhi keperluan itu.

Sejak diperkenalkan, Best Products telah mendapat sambutan yang sangat positif daripada orang ramai - pelbagai tempahan diterima sejak pelancarannya di negara ini. Demi menghargai semangat kesetiaan pelanggan, Best Products merancangkan beberapa program promosi khas dan pertandingan untuk memastikan setiap pelanggan setia kami menjadi Pemenang dan meraih hadiah-hadiah yang lumayan. Usaha ini akan diteruskan untuk memastikan setiap pelanggan setia Best Products diberi peluang keemasan ini.

Home Direct Shopping Sdn Bhd (HDS) merupakan ahli kepada Persatuan Jualan Langsung Malaysia (Direct Selling Association Malaysia (DSAM)) yang mana segala tatacara perniagaan kami adalah termaktub di bawah kod tatacara DSAM.

Sila klik di sini untuk membaca Kod tatacara DSAM

PENGUMUMAN RASMI KEMPEN TERKINI (KE-SEPULUH)

logotype - image

PEMENANG-PEMENANG KEMPEN KE-SEPULUH


KEMPEN PROMOSI ANAK MALAYSIA 2017 BEST PRODUCTS

( 21 Ogos 2017 hingga 18 September 2017 )


 

PEMENANG HADIAH UTAMA
KEMPEN PROMOSI ANAK MALAYSIA 2017 BEST PRODUCTS ADALAH:

Ibrahim Bin A. Rahman
Johor

KEMPEN PROMOSI HARI RAYA 2017 BEST PRODUCTS

(15 Mei 2017 hingga 15 Jun 2017)


PEMENANG HADIAH UTAMA
KEMPEN PROMOSI HARI RAYA 2017 BEST PRODUCTS ADALAH:

Rozita binti Halim

Pulau Pinang


KEMPEN PROMOSI PERALATAN ELEKTRIK BEST PRODUCTS

(1 Mac 2017 hingga 31 Mac 2017)


PEMENANG HADIAH UTAMA
KEMPEN PERALATAN ELEKTRIK BEST PRODUCTS ADALAH:

Puan Norma binti Ibrahim

Selangor


PENGUMUMAN RASMI
KEMPEN PROMOSI PERALATAN ELEKTRIK BEST PRODUCTS

(1 Mac 2017 hingga 31 Mac 2017)


fff


KEMPEN PROMOSI MENJAMU SELERA BERSAMA SELEBRITI

(15 Februari 2017 hingga 28 Februari 2017)


fff


PEMENANG HADIAH MENJAMU SELERA BERSAMA SELEBRITI ADALAH:
Puan Zakiah Md. Said
Melaka

KEMPEN PROMOSI SAMSUNG LED TV 65"

(20 Disember 2016 hingga 6 Januari 2017)


fff


PEMENANG HADIAH SAMSUNG LED TV 65" ADALAH:
Encik Mohammad Bin Ahmad
Kuala Lumpur

KEMPEN PROMOSI PERCUTIAN KE DUBAI

(1 November 2016 hingga 30 November 2016)


fff


PEMENANG PERCUTIAN KE DUBAI ADALAH:
Puan Painah bte Kassim
Johor Bahru

KEMPEN PROMOSI MERDEKA �BEST PRODUCTS�

(1 Ogos hingga 30 Ogos 2016)


fff


PEMENANG HADIAH KERETA PROTON IRIZ MODEL 1.3L STANDARD CVT YANG BERNILAI RM45,000
Puan Azizah Karim
Johor Bahru

PEMENANG

Selebriti dan Duta Best Products Malaysia, Ramlah Ram, Dato' Nassier Wahab, Raja Ema, Ras Adiba, dan Dato' Jalaludin Hassan turut hadir untuk acara Penyampaian Hadiah kepada para-para pemenang. Berikut adalah pemenang-pemenang kempen ke-sepuluh kami:



-----

PEMENANG HADIAH KEDUA
RM 30,000

Puan Salbiah Binti Ahmad Ijazi Selangor

PEMENANG HADIAH PERTAMA
RM 150,000

Puan Ramlah Binti Mohammed Terengganu

PEMENANG HADIAH KETIGA
RM 3,999

Encik Zailani Bin Zakariah Selangor



-----
Pemenang-pemenang kempen kesembilan:

PEMENANG HADIAH KEDUA
RM 30,000

Encik Mohd Zaki bin Wan Chik
Kedah

PEMENANG HADIAH PERTAMA
RM 150,000

Puan Habibah binti Sahri
Perak

PEMENANG HADIAH KETIGA
RM 3,999

Encik Yahya bin Manat
Negeri Sembilan



-----
Pemenang-pemenang kempen kelapan:

PEMENANG HADIAH KEDUA
RM 30,000

Encik Mohd Razlan bin Mohd Ali
Negeri Sembilan

PEMENANG HADIAH PERTAMA
RM 150,000

Puan Ramlah binti Mahmud
Kuala Lumpur

PEMENANG HADIAH KETIGA
RM 3,999

Encik Hamzah bin Mohd Derus
Selangor



-----
Pemenang-pemenang kempen ketujuh:

PEMENANG HADIAH KEDUA
RM 30,000

Mohammad Bin Ahmad
Kuala Lumpur

PEMENANG HADIAH PERTAMA
RM 150,000

Puan Che Pah Binti Din
Kedah

PEMENANG HADIAH KETIGA
RM 3,999

Puan Rajiah Binti Bahudin
Negeri Sembilan



-----
Pemenang-pemenang kempen keenam:

PEMENANG HADIAH PERTAMA
RM 150,000

Encik Abdul Rahman Bin Mat Som
Perak

PEMENANG HADIAH KEDUA
RM 30,000

Puan Azizah Binti Karim
Johor

PEMENANG HADIAH KETIGA
RM 3,999

Puan Zainab Binti Saad
Pulau Pinang



-----
Pemenang-pemenang kempen kelima:

PEMENANG HADIAH PERTAMA
RM 150,000

Puan Zarina Binti Harun
Kedah

PEMENANG HADIAH KEDUA
RM 30,000

Puan Rosni Binti Hashim
Pulau Pinang

PEMENANG HADIAH KETIGA
RM 3,999

Puan Hasmah Binti Sarbini
Selangor



-----
Pemenang-pemenang kempen keempat:

PEMENANG HADIAH PERTAMA
RM 150,000

Puan Zuraini Binti Ibrahim
Terengganu

PEMENANG HADIAH KEDUA
RM 30,000

Encik Rosdi Bin Hasan
Perak

PEMENANG HADIAH KETIGA
RM 3,999

Puan Tengku Aidil Binti Engku
Kelantan



-----
Pemenang-pemenang kempen ketiga:

PEMENANG HADIAH PERTAMA
RM 150,000

Puan Suhaiza Binti Sidek
Terengganu

PEMENANG HADIAH KEDUA
RM 30,000

Encik Saadon Bin Mohamed
Selangor

PEMENANG HADIAH KETIGA
RM 3,999

Puan Fatimah Zaiton Binti Zainudin
Selangor



-----
Pemenang-pemenang kempen kedua:

PEMENANG HADIAH PERTAMA
RM 150,000

Encik Jamaludin Bin Othman
Kedah

PEMENANG HADIAH KEDUA
RM 30,000

Encik Mohd Anuar Bin Embong
Terengganu

PEMENANG HADIAH KETIGA
RM 3,999

Encik Jamalludin Bin Ahmad
Pahang



-----
Pemenang-pemenang kempen pertama:

PEMENANG HADIAH PERTAMA
RM 150,000

Encik Rayhaan Dharmavilasan Bin Abdullah
Selangor

PEMENANG HADIAH KEDUA
RM 30,000

Encik Mohd Said Bin Naem
Kuala Lumpur

PEMENANG HADIAH KETIGA
RM 3,999

Encik Hashim Bin Zakaria
Negeri Sembilan

SELEBRITI DAN DUTA BEST PRODUCTS

RAKAN KAMI

TERMA & SYARAT

1. Pengenalan

Terma Penggunaan ini (selepas ini - "Terma") mentadbir penggunaan anda berkenaan laman sesawang kami www.bestproducts.my (selepas ini - "Laman Sesawang") yang ditadbirkan oleh Home Direct Shopping Sdn. Bhd. (1110325-V)(selepas ini - "Syarikat").

Terma-terma ini, bersama-sama dengan mana-mana terma dan syarat tambahan yang dirujuk di sini atau yang dibentangkan di bahagian lain di Laman Sesawang berhubung dengan suatu perkhidmatan atau ciri tertentu dan Notis Privasi, menetapkan terma-terma dan syarat-syarat yang terpakai kepada penggunaan Laman Sesawang kami oleh anda.

Jika anda tidak bersetuju dengan Terma atau mana-mana bahagian Terma ini dan juga dengan Notis Privasi, anda tidak boleh menggunakan Laman Sesawang kami. Dengan menggunakan Laman Sesawang ini, anda bersetuju untuk mematuhi Terma ini dan Notis Privasi.

Anda mesti sekurang-kurangnya 18 tahun untuk menggunakan Laman Sesawang ini. Dengan menggunakan Laman Sesawang kami dan oleh itu, menyetujui dengan Terma ini, anda mengesahkan dan menyatakan bahawa anda adalah sekurang-kurangnya 18 tahun.

2. Kandungan Laman Sesawang

Laman Sesawang ini mengandungi hak cipta bahan, tanda dagangan dan maklumat proprietari lain, termasuk, tetapi tidak terhad kepada, teks, gambar, tanda dagangan, logo, video, imej, grafik ,muzik dan bunyi, perisian dan Laman Sesawang secara keseluruhan (selepas ini - "Kandungan Laman Sesawang" atau "Kandungan"). Semua yang anda lihat atau terima daripada atau di Laman Sesawang ("Kandungan") adalah harta intelek yang dilindungi hak cipta sewajarnya oleh Syarikat atau sekutunya. Anda tidak boleh mengubah suai, menerbitkan, menghantar, mengambil bahagian dalam pemindahan atau penjualan, membuat karya terbitan, atau dalam apa-apa cara mengeksploitasi, mana-mana Kandungan, secara keseluruhan atau sebahagian. Anda boleh memuat turun bahan hak cipta untuk kegunaan peribadi anda hanya untuk tujuan bukan komersial. Apa-apa penggunaan lain Kandungan langsung tidak dibenarkan. Kecuali sebagaimana yang dibenarkan dengan nyata di bawah undang-undang hak cipta, tiada penyalinan, pengedaran semula, penyiaran semula, penerbitan atau eksploitasi komersial bahan yang dimuat turun akan dibenarkan tanpa kebenaran yang nyata daripada Syarikat. Sekiranya terdapat sebarang penyalinan yang dibenarkan, pengedaran semula atau penerbitan bahan hak cipta, tiada perubahan dalam atau pemotongan penulis penyumbang, tanda dagangan atau notis hak cipta hendaklah dibuat. Anda mengakui bahawa anda tidak memperoleh apa-apa hak pemilikan dengan memuat turun bahan hak cipta.

Kecuali dengan lesen terhad ini, tiada apa di dalam Terma ini memberi kepada anda apa-apa hak, hakmilik atau kepentingan dalam mana-mana Kandungan. Memuat turun atau mengeksport perisian atau data teknikal daripada Laman Sesawang ini kepada mana-mana bidang kuasa adalah dilarang sama sekali. Kami boleh mengubah, menggantung, menyekat atau memberhentikan apa-apa aspek Laman Sesawang pada bila-bila masa, termasuk mana-mana ciri Laman Sesawang, perkhidmatan atau Kandungan.

3. Penggunaan Laman Sesawang

Anda berjanji untuk mengguna Laman Sesawang untuk tujuan sah sahaja. Anda berjanji untuk tidak mengepos, memuat naik atau menghantar apa-apa bahan yang menyalahi undang-undang, mengancam, memfitnah, lucah, berunsur pronografi atau tidak senonoh atau apa-apa bahan yang boleh merupakan atau mendorong tindakan yang akan dianggap sebagai kesalahan jenayah atau mengakibatkan liabiliti sivil, atau sebaliknya melanggar mana-mana undang-undang.

4. Kesilapan Laman Sesawang

Kami cuba untuk memberikan maklumat yang paling terkini, tepat dan boleh dipercayai di Laman Sesawang kami. Walau bagaimanapun, mungkin ada ketika bila maklumat yang dipaparkan di Laman Sesawang kami mengandungi kesilapan tipografi, data tidak lengkap dan / atau tidak tepat. Sebarang kesilapan adalah tidak disengajakan dan kami memohon maaf jika maklumat yang salah memberi kesan kepada anda atau pesanan peribadi anda dalam apa jua cara . Kami mempunyai hak untuk membetulkan kesilapan dan untuk mengemas kini maklumat pada bila-bila masa.

5. Komen dan Penghantaran Pengguna

Kami mengalu-alukan komen anda mengenai Laman Sesawang kami, produk kami dan perkhidmatan kami. Walau bagaimanapun, apa-apa maklumat yang anda hantar ke Laman Sesawang tidak, dan tidak akan dianggap sebagai peribadi, sulit atau proprietari. Kami boleh menggunakan tanpa had apa-apa maklumat yang anda hantar kepada kami melalui Laman Sesawang. Ini mungkin termasuk maklumat peribadi anda dan penggunaan Laman Sesawang oleh anda. Sila semak Notis Privasi kami untuk maklumat lanjut.

6. Penafian

Kami tidak dapat menjamin bahawa penggunaan Laman Sesawang oleh anda, pengendalian Laman Sesawang, atau mana-mana perkhidmatan yang ditawarkan di Laman Sesawang adalah bebas gangguan atau kesilapan, sebarang kerosakan akan diperbetulkan, atau bahawa Laman Sesawang ini adalah bebas daripada virus atau unsur-unsur berbahaya yang lain. Sebagai pengguna Laman Sesawang, akses anda dilaksanakan di bawah risiko anda sendiri. Kami tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerosakan yang berkaitan dengan penggunaan atau ketidakupayaan untuk menggunakan Laman Sesawang, walaupun kami tahu atau sepatutnya tahu potensi untuk kerosakan tersebut.

Jika anda tidak berpuas hati dengan Laman Sesawang, apa-apa Kandungan, atau mana-mana terma, kami ingin mendengar daripada anda. Walau bagaimanapun, satu-satunya penyelesaianandadarisegiundang-undangadalah untuk berhenti menggunakan Laman Sesawang.

7. Perubahan pada Terma

Sila baca Terma Penggunaan ini selalu dan kerap kali, kerana ia boleh berubah pada bila-bila masa. Dengan menggunakan Laman Sesawang ini selepas perubahan dalam Terma Penggunaan ini, anda bersetuju untuk mematuhi dan terikat dengan Terma Penggunaan sebagaimana diubah.

8. Had Liabiliti

Dalam apa keadaan pun Syarikat atau pembekalnya tidakakan bertanggungjawab atas sebarang kerosakan tidak langsung, sampingan, khas, kaitan (�consequential�) atau punitif dalam apa jua bentuk, termasuk tetapi tidak terhad kepada kerugian untukkehilangan keuntungan dan kos perolehan barangan dan perkhidmatan gantian (secara kolektif, kerosakan tidak langsung) yang timbul daripada atau berkaitan dengan Laman Sesawang, perkhidmatan Syarikat, NotisPrivasi, atauTerma ini (walau bagaimanapun berlaku, termasuk kecuaian). Walaupun Syarikat telah dinasihatkan akankemungkinan kerosakan tersebut, tanpa mengehadkan yang tersebut di atas, Syarikat tidak akan bertanggungjawab ke atas kerosakan tidak langsung yang timbul daripada atau berkaitan dengan: PENGGUNAAN ATAU KEGAGALAN UNTUK MENGGUNAKAN LAMAN SESAWANG INI, ATAU MESEJ YANG DITERIMA ATAU TRANSAKSI YANG DIBUAT MELALUI LAMAN SESAWANG; ATAU KEHILANGAN, AKSES TANPA KEBENARAN PADA, ATAU PINDAAN PADA TRANSMISIATAU DATA PENGGUNA.

9. Indemnifikasi

Anda bersetuju untuk melindungi, mempertahankan dan melepaskan Syarikat, syarikat-syarikat sekutunya, syarikat-syarikat kaitannya, badan-badan korporat berkaitannya, pegawai-pegawainya, pengarah-pengarahnya, pemegang sahamnya, kakitangannya, perundingnya dan ejen-ejennyadaripada semua tuntutan, permintaan, liabiliti, ganti rugi dan kos (termasuk, tetapi tidak terhad kepada, yuran guaman atas dasar indemniti penuh) yang timbul daripada atau berkaitan dengan:

I) penggunaanLamanSesawangolehanda;

II) kegagalanandauntukmematuhiTermaPengunaanini;

III) pelanggaran mana-mana undang-undangyang terpakai;

IV) apa-apa tindakan yang diambil oleh Syarikat selaras dengan apa-apa arahan, notis atau permintaan yang dikemukakan oleh anda; dan

V) penguatkuasaan hak Syarikat terhadap anda di bawah Terma Penggunaan.

10. Pelbagai

Kami memaparkan Laman Sesawang ini dan Kandungannya semata-mata untuk memasarkan dan mempromosikan produk dan perkhidmatan kami di Malaysia. Terma ini akan ditafsirkan mengikut undang-undang semasa Malaysia, tanpa mengambil kira peruntukan berkenaan konflik undang-undang.

Jika mana-mana peruntukan Terma ini, atau mana-mana bahagiannya, didapati tidak boleh dikuatkuasakan, ia hendaklah dikuatkuasakan setakat maksimum yang dibenarkan sehingga tidakmenjejaskan tujuan danniatTerma, dan Terma selainnyahendaklah terus berkuat kuasa dan berkesan sepenuhnya. Terma ini adalah keseluruhan perjanjian antara anda dan Syarikat. Terma menggantikan dan membatalkan apa-apa perjanjian bertulis atau lisan antara anda dan Syarikat, yang tidak mempunyai kuat kuasa dan kesan selanjutnya. Semua hak yang tidak diberi secara nyata di dalam ini adalah terpelihara.

11. Penamatan

Kegagalan anda untuk mematuhi Terma ini akan membatalkan secara automatik kebenaran anda untuk menggunakan Laman Sesawang dan menamatkan semua hak-hak yang diberikan kepada anda di bawah Terma. Tanggungjawab anda kepada Syarikat akan berterusan walaupun selepas penamatan hak-hak anda di bawah Terma, termasuk semua sekatan berkaitan Kandungan, penafian dan had liabiliti di bawah Terma. Jika hak anda ditamatkan, anda perlu memusnahkan dengan segera semua Kandungan yang diperoleh daripada Laman Sesawang ini, dan juga semua salinan Kandungan.

INTIPATI PENTING SYARAT KEMPEN

Pelanggan berpotensi mempunyai peluang untuk memenangi hadiah-hadiah berikut: Satu Hadiah Utama berupa wang tunai sebanyak RM150,000.00; Satu Hadiah Tambahan Pertama wang tunai sebanyak RM30,000.00; atau Satu Hadiah Tambahan Kedua wang tunai sebanyak RM3,999.00.

Kempen ini akan terbahagi kepada empat (4) peringkat:

A) Peringkat pertama: Syarikat akan memberi peluang kepada Pelanggan berpotensi untuk mengambil bahagian di dalam Kempen ini dengan melakukan langkah-langkah seperti yang dinyatakan di dalam iklan di atas.

B) Peringkat kedua: Pelanggan berpotensi hendaklah mendaftar dengan Syarikat sama ada dengan menelefon nombor telefon Syarikat ataupun menghantarkan kupon yang telah dilengkapkan ke alamat Syarikat.

C) Peringkat ketiga: Setelah mendaftar, Pelanggan berpotensi akan menerima melalui pos pakej mel Syarikat yang akan mengandungi katalog-katalog Syarikat, bahan-bahan promosi serta Terma dan Syarat Penuh.

D) Peringkat keempat: Pelanggan berpotensi hendaklah membuat pesanan berdasarkan katalog Syarikat dan membuat bayaran penuh bagi produk yang dipesan. Kriteria pemilihan pemenang adalah seperti yang ditakrifkan dalam Terma dan Syarat Penuh.


TERMA DAN SYARAT PENUH

1. Kempen ini dianjurkan oleh Home Direct Shopping Sdn Bhd (1110325-V) (“Syarikat”), yang beralamat di 32A-2, Jalan PJS8/2, Bandar Sunway, 46150 Petaling Jaya, Selangordengan No Lesen Jualan Langsung (Jualan Pesanan Pos) AJL 932090.

2.            Kempen ini bertujuan untuk mempromosikan produk-produk Syarikat di dalam katalog-katalog "Best Products". Kempen ini akan berlangsung dari 1 November 2017 hingga 31 Disember 2017 (“Tempoh Kempen”). Kempen ini bukan suatu peraduan, permainan atau loteri kerana ia tidak berdasarkan kepada peluang.

3.  Kempen ini melibatkan peringkat-peringkat berikut:

A. Peringkat pertama: Syarikat akan memberi peluang kepada peserta untuk mengambil bahagian di dalam Kempen dengan melakukan langkah-langkah seperti yang dinyatakan di dalam iklan-iklan yang tertera di dalam surat khabar dan media bercetak yang lain;

B. Peringkat kedua: Peserta mesti mendaftar dengan Syarikat sama ada dengan menelefon nombor telefon Syarikat ataupun menghantar kupon yang telah dilengkapkan ke alamat Syarikat;

C. Peringkat ketiga: Setelah mendaftar, peserta akan menerima melalui pos pakej mel Syarikat yang akan mengandungi katalog Syarikat, bahan-bahan promosi serta terma-terma dan syarat-syarat ini ("Bahan Promosi"). Walau bagaimanapun, Syarikat tidak mempunyai tanggungjawab untuk menghantar Bahan Promosi kepada semua peserta yang mendaftar dengan Syarikat; dan

D. Peringkat keempat: Peserta hendaklah (i) membuat pesanan berdasarkan katalog Syarikat; (ii) membuat bayaran penuh bagi produk yang dipesan, termasuk semua kos seperti yang dinyatakan di dalam katalog dan borang pesanan; dan (iii) menghantar borang pesanan dan resit bayaran melalui pos kepada Syarikat.

4.  Kempen ini terbuka kepada semua peserta berikut:

     A.  Warganegara Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas;

     B. Peserta mesti memesan produk-produk daripada katalog Syarikat;

     C. Peserta mesti membuat bayaran penuh untuk produk-produk yang dipesan, termasuk semua kos seperti yang dinyatakan di dalam katalog dan borang pesanan;

     D. Peserta mesti menghantar borang pesanan dan resit bayaran melalui pos kepada Syarikat; dan

     E. Pekerja Syarikat dan ahli-ahli keluarga mereka, para pemegang saham dan pegawai-pegawai berserta anak-anak syarikat Syarikat termasuk bekas pekerja dan ahli-ahli keluarga mereka, para kontraktor, kontraktor pihak ketiga, perbadanan-perbadanan berkaitan dan syarikat-syarikat bersekutu serta penaja atau ejen-ejen pengiklanan dan/atau kempen tidak layak untuk menyertai atau mengambil bahagian dalam Kempen ini atau kempen akan datang yang akan dianjurkan oleh Syarikat.

“Pelanggan Berpeluang” adalah individu-individu yang memenuhi semua syarat-syarat di perenggan 4 (A), (B), (C), (D) dan (E).

5.  Jika Pelanggan Berpeluang membuat pesanan selepas tamat Tempoh Kempen, pesanan itu tidak akan dilayan untuk Kempen ini tetapi akan secara automatik dimasukkan ke dalam kempen pemasaran seterusnya (jika ada). Tertakluk kepada terma dan syarat kempen pemasaran tersebut, pesanan anda boleh diambil kira dalam pemilihan pemenang hadiah untuk kempen pemasaran seterusnya.

6.   Tertakluk kepada terma-terma dan syarat-syarat ini, Pelanggan Berpeluang mempunyai peluang untuk memenangi hadiah-hadiah berikut:

A.            Satu Hadiah Utama berupa kereta (jenama dan model kereta yang akan ditentukan oleh Syarikat) bernilai RM150,000.00 ATAU set barangan elektrik (jenama dan model set barangan elektrik akan ditentukan oleh Syarikat) bernilai RM150,000.00 ATAU wang tunai sebanyak RM150,000.00 (Ringgit Malaysia Satu Ratus Lima Puluh Ribu sahaja) ("Hadiah Utama");

B.            Satu Hadiah Tambahan Pertama wang tunai sebanyak RM30,000.00 (Ringgit Malaysia Tiga Puluh Ribu sahaja) ("Hadiah Tambahan Pertama"); atau

C.            Satu Hadiah Tambahan Kedua wang tunai sebanyak RM3,999.00 (Ringgit Malaysia Tiga Ribu Sembilan Ratus Sembilan Puluh Sembilan sahaja) (“Hadiah Tambahan Kedua”).

7.  Sekiranya Pelanggan Berpeluang mengembalikan mana-mana produk yang dipesan untuk mendapatkan bayaran balik, kos bayaran balik untuk produk-produk yang dipulangkan itu tidak akan diambil kira apabila menentukan jumlah keseluruhan pesanan untuk tujuan Kempen ini.

8.  Pemenang Hadiah Utama, Pemenang Hadiah Tambahan Pertama dan Pemenang Hadiah Tambahan Kedua (“Pemenang-Pemenang”) akan dipilih oleh Jawatankuasa Pemilihan yang dilantik oleh Syarikat ("Jawatankuasa Pemilihan") berdasarkan kepada kriteria yang dinyatakan di bawah:

     A.  Hadiah Utama akan dianugerahkan kepada Pelanggan Berpeluang mengikut kriteria berikut:

     (i) Jawatankuasa Pemilihan akan memilih lima pelanggan yang membuat nilai pesanan tertinggi semasa Tempoh Kempen (“5 Pelanggan Tertinggi”).

     (ii) Dari senarai 5 Pelanggan Tertinggi ini, Jawatakuasa Pemilihan akan menghubungi pelanggan dengan sejarah rekod pembelian terpanjang dengan Syarikat (melalui kesemua kempen yang dijalankan oleh Syarikat) bagi tujuan menjawab beberapa soalan kuiz yang ditentukan oleh Jawatankuasa Pemilihan.

     (iii) Sekiranya pelanggan tersebut berjaya memberikan jawapan yang tepat kepada semua soalan kuiz, pelanggan tersebut memenangi Hadiah Utama.

     (iv) Sekiranya pelanggan tersebut gagal memberikan jawapan yang tepat kepada semua soalan kuiz, Jawatakuasa Pemilihan akan menghubungi pelanggan dalam senarai 5 Pelanggan Tertinggi dengan sejarah rekod pembelian kedua terpanjang dengan Syarikat (melalui kesemua kempen yang dijalankan oleh Syarikat) bagi tujuan menjawab soalan kuiz yang ditentukan oleh Jawatankuasa Pemilihan.

     (v) Proses ini akan diulangi bagi semua pelanggan dalam senarai 5 Pelanggan Tertinggi sehingga pemenang Hadiah Utama ditentukan, iaitu pelanggan yang berjaya memberikan jawapan yang tepat kepada semua soalan kuiz.

     (vi) Sekiranya tiada pelanggan dalam senarai 5 Pelanggan Tertinggi yang berjaya menjawab semua soalan kuiz dengan tepat, Pemenang Hadiah Utama adalah pelanggan yang berjaya memberikan paling banyak jawapan yang tepat kepada soalan kuiz.

     (vii) Sekiranya terdapat beberapa pelanggan dalam senarai 5 Pelanggan Tertinggi yang memberikan jawapan tepat kepada soalan kuiz yang sama banyaknya, Pemenang Hadiah Utama adalah pelanggan dalam senarai 5 Pelanggan Tertinggi dengan sejarah rekod pembelian yang terpanjang dengan Syarikat.

(vi)         Pemenang Hadiah Utama mesti memilih sama ada hadiah fizikal yang ditunjukkan dalam iklan atau hadiah wang seperti yang dinyatakan dalam perenggan 6(A) di atas dan tidak berhak kepada kedua-duanya.

(vii)        Hadiah Utama fizikal disediakan dalam keadaan "Sedia Ada" dan tidak termasuk sebarang aksesori atau apa-apa perkara yang mungkin ditunjukkan di dalam iklan dan bahan promosi yang hanya untuk tujuan ilustrasi sahaja. Hadiah fizikal tidak akan disediakan dengan cukai jalan berbayar dan premium insurans.

(viii)       Hak milik Hadiah Utama fizikal dan apa-apa risiko kerugian atau kerosakan akan berpindah kepada Pemenang Hadiah Utama selepas penerimaan Hadiah oleh Pemenang.

(ix)         Syarikat akan membekalkan Hadiah Utama fizikal dan lain-lain hadiah fizikal di pejabatnya di Kuala Lumpur dan semua kos yang berkaitan dengan Hadiah Utama fizikal dari pejabat Syarikat hendaklah ditanggung oleh Pemenang Hadiah Utama.

(x)          Walauapapun jua, Syarikat berhak menggantikan mana-mana hadiah yang ditawarkan dengan barangan lain dengan nilai setimpal sebagaimana yang diiklankan.

B.            Hadiah Tambahan Pertama akan dianugerahkan kepada Pelanggan Berpeluang mengikut kriteria berikut:

(i)            Pelanggan Berpeluang mestilah membuat jumlah nilai pesanan dalam Tempoh Kempen tidak kurang daripada RM179.00. Borang pesanan yang mempunyai nilai yang kurang daripada RM179.00 tidak akan dikira bagi tujuan pengiraan jumlah nilai pesanan.

(ii)           Pemenang Hadiah Tambahan Pertama adalah pelanggan dari senarai 5 Pelanggan Tertinggi (tidak termasuk Pemenang Hadiah Utama) yang membuat nilai pesanan tertinggi semasa Tempoh Kempen.

(iii)          Pemenang Hadiah Utama adalah terkecuali daripada memenangi Hadiah Tambahan Pertama.

C.            Hadiah Tambahan Kedua akan dianugerahkan kepada Pelanggan Berpeluang mengikut kriteria berikut:

(i)            Pelanggan Berpeluang telah membuat bayaran penuh untuk produk-produk yang dipesan (termasuk tetapi tidak terhad kepada kos barangan, bayaran penghantaran bagi produk yang dipesan, yuran pentadbiran dan yuran pemprosesan), berdasarkan tarikh yang tertera di atas resit bayaran, dalam tempoh masa yang paling singkat dikira daripada tarikh pengeposan Bahan Promosi di dalam Tempoh Kempen.

(ii)           Sekiranya terdapat beberapa Pelanggan Berpeluang yang layak untuk memenangi Hadiah Tambahan Kedua, pemenangnya akan dipilih oleh Jawatankuasa Pemilihan berdasarkan budi bicaranya dengan mengambil kira kriteria dan turutan berikut sehingga pemenang telah dipilih:

(a)    Pelanggan Berpeluang yang mempunyai jumlah nilai wang yang lebih tinggi di borang pesanan tersebut;

 

(b)   Pelanggan Berpeluang yang mempunyai jumlah pesanan yang lebih banyak (kuantiti) yang telah dibuat semasa Tempoh Kempen;

 

(c)    Pelanggan Berpeluang yang mempunyai jumlah nilai wang yang lebih tinggi daripada semua pesanan yang telah dibuat dalam kesemua kempen yang dijalankan oleh Syarikat sebelum ini; atau

 

(d)   Pelanggan Berpeluang yang mempunyai jumlah pesanan yang lebih banyak (kuantiti) yang telah dibuat dalam semua kempen sebelum ini yang dijalankan oleh Syarikat.

                D.  Pemenang Hadiah Utama dan Pemenang Hadiah Tambahan Pertama adalah terkecuali daripada memenangi Hadiah Tambahan Kedua.

E. Sekiranya Pemenang-Pemenang tidak dapat dihubungi sebanyak tiga (3) kali pada hari pemilihan pemenang, Syarikat tidak mempunyai tanggungjawab untuk menghubungi beliau selanjutnya dan secara automatik terbatal peluangnya untuk memenangi hadiah-hadiah yang ditawarkan oleh Syarikat.

F.  Pelanggan Berpeluang tidak boleh memenangi lebih daripada satu hadiah dalam Kempen ini.

G.  Hadiah Utama, Hadiah Tambahan Pertama dan Hadiah Tambahan Kedua hanya akan diberikan oleh Syarikat setelah Pemenang-Pemenang memberikan kepada Syarikat dokumen pengenalan sebagai bukti identiti. Ini termasuk nama penuh, gambar, tempat kediaman, dan/atau butir-butir akaun bank beliau. Sekiranya Pemenang-Pemenang gagal untuk menyediakan dokumen-dokumen pengenalan yang diperlukan seperti yang diminta oleh Syarikat, Syarikat berhak untuk memberikan hadiah tersebut kepada Pelanggan Berpeluang lain dalam Kempen ini.

H.  Pemenang sebelumnya dari kempen-kempen terdahulu yang dijalankan oleh Syarikat, dan ahli-ahli keluarga mereka tidak layak untuk menyertai kempen semasa dan memenangi apa-apa hadiah dalam kempen semasa atau mana-mana kempen pada masa hadapan yang akan dianjurkan oleh Syarikat. Walau bagaimanapun, pemenang sebelumnya dan ahli-ahli keluarga mereka masih boleh membeli barangan dari Katalog Syarikat.

I.             Pemenang-Pemenang adalah bertanggungjawab untuk menyelesaikan semua cukai yang dikenakan di bawah undang-undang yang berkaitan.

9.            Jawatankuasa Pemilihan akan memaklumkan kepada Pemenang-Pemenang keputusan Kempen ini melalui panggilan telefon rasmi pada 16 Januari 2018 dan diikuti dengan penghantaran surat rasmi kepada Pemenang-Pemenang. Keputusan Jawatankuasa Pemilihan atau Syarikat dalam semua perkara berkaitan dengan Kempen ini termasuk pemilihan kesemua Pemenang-Pemenang adalah muktamad dan sebarang percubaan untuk mempertikaikan keputusan tersebut tidak akan dilayan.

10.          Sekiranya sebarang hadiah dimenangi oleh seseorang yang:

A.            bukan merupakan seorang Pelanggan Berpeluang;

B.            telah melanggar mana-mana terma dan syarat Kempen ini; atau

C.            telah melakukan atau disyaki melakukan apa-apa perbuatan penipuan atau salah laku berkaitan dengan penyertaan beliau di dalam Kempen ini;

Syarikat berhak untuk membatalkan kelayakan orang tersebut daripada menyertai Kempen ini atau daripada memenangi sebarang hadiah.

11.          Sekiranya Syarikat mengesyaki bahawa terdapat apa-apa perbuatan penipuan, salah laku dan/atau penyelewangan dalam mana-mana penyertaan dalam Kempen ini, Syarikat berhak untuk menjalankan penyiasatan sewajarnya dan atas budi bicara secara mutlak, Syarikat berhak menolak dan membatalkan penyertaan tersebut. Bagi maksud perenggan 11 ini, perbuatan penipuan ini juga termasuk sekiranya Syarikat mengesyaki penyertaan Pelanggan Berpeluang tersebut adalah disebabkan maklumat-maklumat yang disalurkan oleh Pemenang-Pemenang terdahulu.

12.          Sekiranya berbangkit isu mengenai mana-mana produk yang ditawarkan di mana menghalang Syarikat untuk membekalkannya kepada Pelanggan Berpeluang, Syarikat berhak untuk membatalkan penjualan produk dan wang belian akan dikembalikan kepada Pelanggan Berpeluang selaras dengan Dasar Pemulangan Syarikat, atau Syarikat berhak untuk menggantikan produk yang dipesan oleh Pelanggan Berpeluang dengan produk lain yang sama atau lebih tinggi nilainya.

13.          Dengan menyertai Kempen ini, Pelanggan Berpeluang  setuju dengan terma dalam Notis Privasi Syarikat bahawa data peribadi beliau yang dikumpulkan atau diberikan semasa Kempen ini boleh diproses, disimpan, dikumpul, digunakan oleh Syarikat, atau dizahirkan kepada pihak ketiga  termasuk tetapi tidak terhad kepada pihak yang bersekutu dengan Syarikat, samada di dalam atau di luar Malaysia bagi tujuan pengiklanan, kempen promosi, pemasaran langsung produk-produk Syarikat atau produk-produk pihak ketiga, serta penghantaran produk-produk yang dibeli melalui apa-apa sahaja media massa. Jika Pelanggan Berpeluang tidak lagi ingin menerima Bahan Promosi pada masa akan datang atau menarik balik persetujuan untuk pemprosesan, pengumpulan, penyimpanan, penggunaan dan penzahiran data peribadi beliau oleh Syarikat, Pelanggan Berpeluang hendaklah memaklumkan kepada Syarikat secara bertulis ke alamat Syarikat.

14.          Terma dan syarat Kempen ini yang diiklankan dalam mana-mana media cetak akan menjadi sebahagian daripada terma dan syarat ini. Jika terdapat percanggahan atau ketidakselarasan antara terma dan syarat terkandung dalam mana-mana media cetak Kempen ini dengan terma dan syarat ini, terma dan syarat ini akan diguna pakai dan mengatasi terma dan syarat yang diiklankan dalam media cetak tersebut.

15.          Semua gambar yang ditunjukkan dalam Bahan Promosi adalah untuk tujuan ilustrasi sahaja. Tempoh-tempoh pesanan yang dinyatakan di dalam Bahan Promosi, contohnya "Hanya 28 hari" atau "10 hari" hanya berfungsi sebagai penunjuk. Syarikat tidak memberikan apa-apa jaminan, representasi atau pengesahan peluang atau peningkatan peluang untuk memenangi mana-mana hadiah.

16.          Syarikat mengecualikan dan menafikan sebarang representasi, jaminan dan/ atau pengesahan, samada secara tersurat atau tersirat, bertulis atau lisan, termasuk tetapi tidak terhad kepada, apa-apa jaminan kualiti dan/atau keboleh-dagangan untuk tujuan tertentu berkenaan dengan keadaan fizikal hadiah-hadiah atau produk-produk Syarikat.

17.          Pelanggan Berpeluang bersetuju mengenepikan sebarang hak yang beliau mungkin ada terhadap Syarikat, pegawai-pegawainya, pekerja-pekerjanya, wakilnya dan/atau ejennya, dan/atau terhadap ahli-ahli Jawatankuasa Pemilihan berkenaan dengan apa-apa kerugian atau ganti rugi yang mungkin timbul dalam apa cara sekalipun berkaitan dengan Kempen ini.

18.          Dengan menyertai Kempen ini, setiap Pelanggan Berpeluang bersetuju untuk terikat kepada Terma dan Syarat ini (yang boleh diubah suai dan dipinda dari masa ke semasa), keputusan Syarikat dan/ atau keputusan Jawatankuasa Pemilihan.

19.          Untuk maklumat lanjut, sila hubungi kami di 03-74516226 dari 9:00 pagi hingga 6:00 malam setiap               Isnin hingga Ahad, kecuali cuti umum.

20.          Alamat surat-menyurat Syarikat: Home Direct Shopping Sdn. Bhd (1110325-V) (AJL 932090), P.O. Box 12366, 50776 Kuala Lumpur.

21.          Sila layari laman web kami di www.bestproducts.my untuk teks penuh Dasar Pemulangan Syarikat, Notis Privasi Syarikat dan juga Terma dan Syarat Penuh Kempen Syarikat.

Produk akan dihantarserah kepada anda dalam masa 10 hari bekerja dari tarikh penerimaan borang pesanan dan bayaran penuh. Jika anda tidak berpuas hati dengan pembelian anda, sila kembalikan produk dalam tempoh empat belas (14) hari dari tarikh produk diterima, berserta resit penghantaran asal.

Produk yang dipulangkan akan diperiksa dan anda perlu sertakan resit pembelian dan produk tersebut mesti berada dalam keadaan yang baik dan masih boleh dijual semula. Pembungkusan produk yang dipulangkan (serta invois) mestilah dalam keadaan yang sempurna bagi tujuan pengembalian wang. Jika produk didapati rosak maka tiada pengembalian wang akan diberikan. Anda harus membayar caj penghantaran yang dikenakan di atas pemulangan barangan tersebut. Home Direct Shopping Sdn Bhd (�Home Direct�) tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakan atau kehilangan produk semasa proses kurier. Setelah Home Direct menerima produk yang dipulangkan, kami akan menolak kos penghantaran dan mula memproses untuk wang anda dikembalikan. Wang anda akan dikembalikan dalam masa 10 hari bekerja dari tarikh pemulangan produk.

Untuk maklumat lanjut mengenai pemulangan produk dan pengembalian wang , sila emel pusat perkhidmatan pelanggan kami di customerservice@homedirectshopping.com.my atau hubungi pasukan perkhidmatan pelanggan kami di talian 03 271 66 333.


Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan Malaysia untuk mengawal selia pemprosesan data dalam transaksi komersial. Akta ini, yang merangkumi semua syarikat-syarikat dan firma-firma yang ditubuhkan di Malaysia, mewajibkan kami memaklumkan anda berkenaan hak-hak anda berkaitan data peribadi anda yang sedang diproses atau yang akan dikumpulkan dan yang akan diproses oleh pihak kami serta maksud-maksud bagi pemprosesan data tersebut. Home Direct Shopping Sdn. Bhd (1110325-V) (Home Direct), berserta anak-anak syarikat, perbadanan-perbadanan berkaitan dan syarikat-syarikat bersekutu dan apa-apa rujukan kepada �Home Direct� atau �kami� di dalam Notis Privasi ini akan merangkumi mana-mana ahli Home Direct berkesungguhan terhadap pengawalan data peribadi anda. Notis Privasi ini menjelaskan bagaimana kami mengumpul dan memproses data peribadi anda selaras dengan Akta berkenaan.

Kami mengumpul Data Peribadi daripada anda dalam pelbagai cara dan di beberapa poin yang berbeza. Kami boleh mengumpul Data Peribadi anda melalui telefon, faksimili, mel, kupon, emel dan atau melalui sistem pesanan ringkas (sms). Data Peribadi dan maklumat selainnya (secara keseluruhan, �Data Peribadi�) yang anda berikan atau telah berikan bagi penggunaan Home Direct, kami akan memproses data peribadi anda termasuk apa-apa maklumat tambahan yang mungkin anda berikan kemudian, bakal digunakan dan diproses oleh pihak kami bagi maksud-maksud berikut:

� untuk mempertimbangkan dan memproses permintaan anda terhadap produk-produk dan/atau perkhidmatan-perkhidmatan kami;
� untuk memastikan identiti dan latarbelakang anda;
� untuk memberi anda maklumat tentang produk-produk, promosi,perkhidmatan-perkhidmatan dan kemaskini perniagaan Home Direct;
� mempertimbangkan data peribadi anda dalam kupon;
� mempertimbangkan permohonan langganan anda;
� untuk berhubung dengan anda;
� untuk memberi khidmat kepada anda;
� untuk memproses transaksi-transaksi pembayaran;
� untuk menjawab pertanyaan-pertanyaan anda;
� untuk mentadbir penyertaan anda di dalam pertandingan-pertandingan;
� untuk melaksanakan kegiatan-kegiatan dalaman;
� untuk penyiasatan dalaman, pematuhan, audit atau tujuan-tujuan keselamatan termasuk, tanpa had, pengesanan jenayah, penghindaran jenayah dan pendakwaan;
� untuk tinjauan pasaran dan analisis kecenderungan;
� untuk pertanyaan berkenan dengan jualan dan maklumat hadiah;
� untuk kegiatan-kegiatan perniagaan Home Direct selainnya yang sah;
� maksud-maksud selainnya seperti yang termaktub di dalam Terma-Terma Penggunaan laman-laman web Home Direct; dan/atau
� jika relevan, maksud-maksud selainnya seperti yang termaktub di dalam Terma-Terma dan Syarat-Syarat Am dan, jika terpakai, Terma-Terma dan Syarat-Syarat Kempen.


(secara keseluruhan, "Maksud-Maksud")

Seterusnya, sila maklum bahawa sekiranya diperlukan bagi mana-mana Maksud-Maksud yang dinyatakan di atas, Data Peribadi anda mungkin dihantar ke lokasi-lokasi di luar Malaysia atau dizahirkan kepada mana-mana ahli Home Direct di luar Malaysia, rakan perniagaan dan/atau pemberi khidmat, yang mungkin berada di dalam atau luar Malaysia. Selain dari yang dinyatakan di sini, Data Peribadi anda tidak akan, dengan sedarinya, dipindahkan ke mana-mana tempat di luar Malaysia atau dizahirkan ke mana-mana pihak ketiga.

Home Direct akan menyimpan Data Peribadi anda di dalam rekod perniagaan kami selagi anda seorang pengguna laman-laman web www.bestproducts.my dan/atau seorang pelanggan atau pengguna apa-apa produk dan/atau perkhidmatan Home Direct. Kami juga menyimpan Data Peribadi anda untuk jangkamasa tertentu selepas anda tidak lagi seorang pelanggan Home Direct dan/atau seorang pelanggan atau pengguna apa-apa produk dan/atau perkhidmatan kami sekiranya Data Peribadi berkenaan diperlukan untuk Maksud-Maksud Data Peribadi berkenaan dikumpul dan/atau bagi memenuhi kehendak undang-undang.

Untuk memproses Data Peribadi anda, persetujuan anda diperlukan. Di dalam kebanyakan situasi, adalah menjadi keperluan bagi kami untuk memproses Data Peribadi anda untuk menyediakan perkhidmatan yang diminta oleh anda. Walau bagaimanpun, sekiranya anda ingin menghadkan pemprosesan Data Peribadi anda, anda boleh berbuat demikian seperti yang dinyatakan di dalam perenggan di bawah.

Sehubungan dengan pemasaran, jualan langsung atau direct sale, anda boleh meminta secara notis bertulis (seperti yang diperuntukkan di dalam perenggan seterusnya) agar kami tidak memproses Data Peribadi anda bagi mana-mana maksud-maksud berikut: (i) pengiklanan atau pemasaran menerusi telefon produk atau perkhidmatan Home Direct yang berkenaan atau rakan-rakan perniagaan kami, (ii) mengirim kepada anda menerusi pos bahan pengiklanan atau pemasaran Home Direct yang berkenaan atau rakan-rakan perniagaan kami, (iii) menghantar menerusi emel atau sistem pesanan ringkas (sms) bahan pengiklanan atau pemasaran Home Direct yang berkenaan atau rakan-rakan perniagaan kami; atau (iv) berkomunikasi dengan anda menerusi apa cara sekali pun apa-apa bahan pengiklanan atau pemasaran Home Direct yang berkenaan atau rakan-rakan perniagaan kami.

Dari semasa ke semasa, kami mungkin memberikan Data Peribadi sebagai respons kepada perintah mahkamah, sepina, atau penyelidikan kerajaan. Kami juga berhak melaporkan kepada agensi penguatkuasaan undang-undang sebarang aktiviti yang kami percaya secara jujur menyalahi undang-undang. Kami mungkin menyiarkan Data Peribadi apabila kami percaya bahawa penyiaran sedemikian dirasakan perlu untuk menguatkuasakan atau mengenakan Syarat-syarat Penggunaan kami atau bagi melindungi hak, harta, dan keselamatan orang lain dan diri kita.

Anda boleh pada bila-bila masa selepas ini mengemukakan pertanyaan, aduan dan tertakluk kepada pembayaran fi yang ditetapkan, meminta secara bertulis, akses kepada, dan pembetulan terhadap, Data Peribadi anda atau menghadkan pemprosesan Data Peribadi anda seperti yang dinyatakan di perenggan di atas dengan menghantar permintaan berkenaan kepada Pegawai Perlindungan Data Peribadi menerusi pos berdaftar atau emel yang perlu dikirimkan daripada alamat emel yang telah didaftarkan dengan Home Direct seperti yang dinyatakan di bawah:

Pegawai Perlindungan Data Peribadi Home Direct Sdn Bhd (1110325-V) P.O.Box 12366, 50776 Kuala Lumpur Alamat emel: pdpa@homedirectshopping.com.my No. telefon: 03 271 66 333

Jika anda seorang pelanggan atau bekas pengguna apa-apa produk dan/atau perkhidmatan kami, harap maklum bahawa kami akan terus memproses Data Peribadi anda sebagaimana dinyatakan di dalam Notis Privasi ini melainkan jika kami menerima bantahan anda. Anda boleh melaksanakan hak-hak anda berkenaan dengan Data Peribadi anda sepertimana dinyatakan di atas.

Notis Privasi ini mungkin dipinda pada bila-bila masa dan dari semasa ke semasa. Sebarang pindaan akan dinyatakan di dalam laman web kami di www.bestproducts.my atau menerusi kaedah lain yang kami anggap sesuai. Penggunaan berterusan apa-apa produk dan/atau perkhidmatan kami atau laman web kami di www.bestproducts.my akan dianggap sebagai persetujuan anda terhadap pindaan tersebut.

HUBUNGI KAMI

Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat selanjutnya, sila hubungi:

 
03 271 66 333

Atau kirimkan kepada:
 
P.O.Box 12366, 50776 Kuala Lumpur, Malaysia

 

� Best Products 2015
Home Direct Shopping Sdn Bhd (1110325-V) No Lesen Jualan Langsung (Jualan Pesanan Pos) AJL932090. Hak Cipta Terpelihara.